PERATURAN PSS SABK MAIS

Disiplin




1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.


2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.


3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.


4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.


5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.


6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.


7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.


8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.


9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.



Bahan-bahan Perpustakaan



1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.


2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.


3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.



Pakaian



1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.


2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.



Peringatan:



Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Perpustakaan.




Kelayakan Peminjam dan Jumlah Pinjaman



SYARAT UMUM






 Mempunyai kad pinjaman biru.


 Hanya untuk staf atau pelajar sekolah


 Tidak dibenarkan meminjam kad kepada orang lain.



GURU/ STAF



 3 buah buku dari rak terbuku.


 2 buah buku dari rak tertutup (Budi bicara sekolah).



TEMPOH PINJAMAN



 Buku rak tertutup - sehari


 Buku rak terbuka – 5 hari bekerja


 Majalah - selepas berusia sebulan


 Bank Soalan - 2 jam (rujukan dalam perpustakaan sahaja).

About PSS SABK MAIS

My photo
PSS SABK MAIS adalah satu tempat kemudahan untuk pelajar-pelajar menuntut ilmu. Disamping itu, pelajar juga dapat meminjam buku-buku yang terdapat di perpustakaan ini. Pada dahulunya sebelum di beri nama sebagai Pusat Sumber Sekolah, pusat sumber ini di namakan sebagai khutub Khanah yang boleh memuatkan lebih 1000 buah buku. Setelah sekolah ini di bawah Bantuan kerajaan, perpustakaan ini telah mendapat bantuan buku-buku untuk kemudahan para pelajar.