SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS


2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan

3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan

4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan

5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan

6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS

7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas

8. Menyediakan jadual tugas Guru Perpustakaan dan Pengawas Perpustakaan.

9. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul

10. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar

11. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah

12. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan

13. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan

14. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.

15. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.

16. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun

About PSS SABK MAIS

My photo
PSS SABK MAIS adalah satu tempat kemudahan untuk pelajar-pelajar menuntut ilmu. Disamping itu, pelajar juga dapat meminjam buku-buku yang terdapat di perpustakaan ini. Pada dahulunya sebelum di beri nama sebagai Pusat Sumber Sekolah, pusat sumber ini di namakan sebagai khutub Khanah yang boleh memuatkan lebih 1000 buah buku. Setelah sekolah ini di bawah Bantuan kerajaan, perpustakaan ini telah mendapat bantuan buku-buku untuk kemudahan para pelajar.